Sunday, 1 May 2016

Kawan vs Sahabat vs BFF

Holla! 

acewaahhhh, acah2 kita ada kat kepulauan sambil menikmati kesegaran air kelapa muda. aucch! haha.

entry kali ni dia agak sensitif bagi ochik. huhu. actually, nak cakap pasal kawan ni agak boring sikit tapi sepanjang 22 tahun hidup ni. eh! aiseyyman. kantoi umur. hakhak. pedulik lah. 22 still young ok! haha.

back to our topic!

sensitif sebab sepanjang hidup ochik bertemakan sahabat yang kuat merajuk, gedik, manja, seek attention dan juga lain2. yes, ochik akui tidak semua namun mostly is like that dan sering terjadi apabila dah start rapat dengan ochik. letih, jujur letih tapi.. entahlah. kena terima diri mereka seadanya. huhu. walaupun sering kali dipaksa untuk terima cara mereka. tabah lah ochik (tepuk bahu sendiri, hakhak).

jujur, 2 3 hari ni ochik agak terkesan dengan isu sahabat ni. entahlah, serabut lah. huhu. kenapa ya kawan ochik ni dia suka tutup kesalahan dia dan buat keadaan seolah-olah ochik yang jahat. sedih lah. pastu buat muka innocent. rasa nak lempang je! haha.

ochik akui dari sudut yang lain, she is nice. tapi, kenapa dia buat macam ni? apa yang dia nak sebenarnya?ergghh! gila susah nak teka pemikiran orang. huhu. 

oh, kenapa entry ni tajuk dia Kawan vs Sahabat vs BFF?

nothing! suka hati ochik lah nak letak apa pun tajuk dia. haha. actually, dalam kehidupan ochik semua tu kawan. tidak ada istilah sahabat ke BFF ke and so on lah. ochik anggap semua tu sama je. ochik tak suka istilah kawan baik, sahabat till jannah apatah lagi duk cakap "we're BFF". phuiih! haha.

No, dalam hidup ochik semua sama. semua kawan ochik. tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih. kalau yang rapat tu. korang termasuk dalam kategori hebat lah sebab terima ochik seadanya. wa cayalah sama lu beb! haha. but then to say "we're BFF". so sorry. ochik cukup kecewa dengan istilah BFF tu. blah lah! haha. korang mesti fikir ochik ada sejarah hitam tentang BFF kan? yes! but then bukan sekarang untuk ochik ceritakan. haha. sebab? ochik nak tidur. hakhak. entry done!

pupye!

ochik is here guys :)


Saturday, 30 April 2016

Be Positive!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hurmm, sekarang ni feeling agak serabut. huhu. Ochik x tahu nak kata apa but then hari ni cuba untuk kekal positif. 

Macam mana erh, Ochik sebenarnya kan rasa uncomfortable dengan kawan Ochik ni. Ochik bukan senang nak benci orang, Ochik juga bukan jenis yang nak marah-marah tak tentu pasal tapi Ochik akui bila Ochik betul2 marah. Ochik memang akan nampak kat wajah Ochik. Jika memang sudah ketara di wajah bermakna, keadaan Ochik benar-benar sudah di luar kawalan. huhu. 

apa yang selalu Ochik buat jika terjadi perkara sedemikian?

1) Ochik tak duduk dah dengan orang-orang ni, dekat-dekat pun tak akan. Selalunya Ochik akan berjauhan atau bersendirian. Ni memang perlu ok! ikut sunnah ni kalau kita marah ke apa kita ubah posisi kedudukan kita atau menjauh seketika. Kali ni, Ochik sampai lari rumah. haha. Nampak x bertapa memang Ochik dah x mampu nak handle kemarahan dan juga aura negatif dalam diri. Lari rumah means Ochik pergi menginap kat kolej kediaman kawan Ochik lah. Bukan merayau2. haha.

2) Ochik gemar ke suarau atau masjid untuk buat unat taubat (ni amalan yang atuk dan mak selalu minta Ochik buat kalau Ochik marah atau sedih) tapi di fakulti masjid agak jauh. So, Ochik prefer cari makanan. haha. Sebab bagi Ochik, makanan ni dia ada aura yang memang boleh berikan ketenangan yang abadi walaupun bersifat sementara. haha. Korang mesti tanya kenapa Ochik xpergi ke surau fakulti kan?. Hurm, bukan x mau pergi tapi kebanyakn surau fakulti kat kampus Ochik is full of people yang 'beristirehat'. huhu. Korang jangan lah buruk sangka dengan diaorang. huhu. Ochik faham, kadang ada sahabat yang kolej kediaman jauh, so memang x ada tempat lain yang boleh diaorang singgah untuk rehatkan diri selain surau. So, biarlah diaorang rehat kat situ.

3) Ochik akan duduk perhatikan orang. haha. Wow! jangan main2 ok. Ochik memang pemerhati yang tegar. haha. Sebab? sebab dari situ Ochik akan muhasabah diri Ochik dan kebiasaannya, pasti akan ada petunjuk dari setiap pemerhatian yang Ochik buat. huhu. 

4) Memaafkan. Memang sukar tapi Ochik akui memang Ochik akan ucap word 'maaf' ni setiap detik untuk memadamkan api kemarahan dan untuk Ochik terima kembali kehadiran kawan Ochik ni. Manusia ni fitrah kan buat salah. so, diaorg layak untuk dimaafkan. korang jangan over nak berdendam. Choiii! xmolek dan baik. Jangan buat ok. no!no!no!. haha.

Itu sajalah yang Ochik buat. Well, semua ada cara tersendiri. Korang pun mesti ada cara yang tersendiri n why not share dengan kawa-kawan lain. Yelah, mana tahu korang punya cara boleh pakai. Kalau boleh pakai lah kan. haha. 

Apa-apa pun kan. Korang kene always be positive! always tau!

Oklah, Ochik nak sambung jawab 'take home exam' ni. Soalan dia sebiji macam buat asaimen kelompok. Choiii! haha.

pupye!

ochikolish is here guys :) 

Monday, 25 April 2016

Holla!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Simple to be natural. Sebaris ayat yang menggambarkan diri Ochik. haha. Ochik asal Johor tapi Ochik sekarang ada di Sarawak.

Sebab apa?

Sebab Ochik tengah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Ijazah apa?

Hurm, Ochik bagitahu korang jelah erh. Orang lain Ochik  tak nak bagitahu. haha. Ochik ambil jurusan Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Tu jelah kot untuk sekarang. Lebih-lebih nanti korang admire pulak. Ochik dah bosan layan admires. Admires dari zaman sekolah pun tak terlayan. ahaks!

Nunite!

-ochikolish-